Imsak bererti menahan diri dari makan dan minum mulai terbit
fajar hingga terbenam matahari, seseorang Islam itu wajib berimsak (menahan
diri) walaupun mereka
tidak berpuasa ataupun puasanya telah terbatal oleh beberapa
sebab.
Mereka yang wajib berimsak
1.
Orang yang masih menyangka hari berkenaan masih 30
Syaaban, kemudian disedari telah satu Ramadan.
2.
Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja. Orang
yang tidak berniat pada malamnya dan tidak pula berniat puasa sebulan Ramadan.
3.
Orang yang berbuka kerana menyangka telah masuk waktu
berbuka (Maghrib) rupa-rupanya masih siang.
Tidak wajib imsak
1.
Mereka yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai
ke tempat yang dituju.
2.
Kanak-kanak yang hampir baligh.
3.
Orang kafir ketika masuk Islam.
4.
Orang gila ketika sembuh.
5.
Orang yang sakit ketika sembuh.
0 comments:
Post a Comment